عن أبي هربرة عن النبي صلى الله عليه وسلم أن رجلا زار أخاه في قرية أخرى
فأرصد الله له على مدرجته ملكا,فلما أتى عليه, قال أين تريد,قال : أريد أخالي في هذه
القرية,قال هل لك عليه من نعمة تربهاز قال :لا غير أني احيبته فى الله عز وجل قال
: فاٍ ني رسول الله اليك بأن الله قد أحبك كما احيبته فيهز
(رواه مسلم _صحيح مسلم بشرح النووي , باب فضل الحب في الله تعالى – ج
16 ص123)
Maksudnya :
“Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.:
Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain,
lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan
jalan.Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,lalu malaikat itu pun bertanya
:”Saudara mahu ke mana ?” Lelaki itu menjawab: “Saya ingin menziarahi sahabat
saya yang tinggal di kampung ini .” Malaikat itu bertanya lagi :”Adakah saudara
datang kepadanya kerana ada maslahat tertentu?: lalu lelaki itu menjawab
:”Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu
kerana Allah.” Lalu malaikat menjawab :”Sesungguhnya aku ini utusan Allah yang
di utus kepadamu bagi memberitahu bahawa Allah telah mencintai kamu sebagaimana
saudara mencintai saudara itu kerana Allah.” (Sahih Muslim)
No comments:
Post a Comment