Usrah? Apa benda tu?
“Usrah untuk orang yang pakai tudung labuh,
alim.”
“Geng
usrah untuk orang yang macam ustazah.”
“Orang
yang banyak ilmu agama je boleh masuk usrah.”
Sebaik
sahaja terdengar perkataan ‘usrah’, adakah kita pernah terfikir seperti yang
dinyatakan di atas? Pasti ada yang menganggukkan kepala sekarang. Betul tak?
Sebenarnya,
penulis sendiri pernah berasa sangat kurang keyakinan dengan diri sendiri
ketika mahu menyertai usrah kerana penulis sangkakan orang-orang yang wara’
sahaja yang masuk. Jadi apabila mahu
dibandingkan dengan mereka, pengetahuan penulis tentang agama amatlah cetek.
Jadi malulah dengan orang lain yang hebat-hebat dan wara’ belaka.
Namun, sangkaan penulis meleset sama sekali setelah menyertai usrah. Siapa kata usrah untuk geng yang pakai tudung labuh, orang yang ala-ala ustaz dan ustazah je yang boleh masuk? Ianya TIDAK BENAR sama sekali.
Namun, sangkaan penulis meleset sama sekali setelah menyertai usrah. Siapa kata usrah untuk geng yang pakai tudung labuh, orang yang ala-ala ustaz dan ustazah je yang boleh masuk? Ianya TIDAK BENAR sama sekali.
Penulis
dialu-alukan dengan baik sekali oleh naqibah, begitu juga dengan kawan-kawan
yang lain. Ramai antara kami yang TIDAK
TAHU tentang usrah sebelum menyertainya. Risau kerana tidak bertudung?
Naaah. Tak perlu risau.
Usrah bukan untuk MENGHAKIMI
tetapi untuk MEMPERBAIKI DIRI.
Usrah ni simple (betul). Orang yang masuk usrah
adalah orang yang berusaha untuk memperbaiki diri sendiri daripada pelbagai
aspek, sebagai contoh dari segi penghayatan Islam, pencarian ilmu, membersihkan
hati, akhlak, perbincangan masalah dan lain-lain
You can improve yourself in joining usrah.
Seriously. Maksud Usrah?
“Usrah
berasal daripada الأسرة
yang membawa maksud keluarga. Namun bagi
istilah pula, ianya bermaksud usrah bermaksud kumpulan atau individu atau
mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara
satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah
Allah
“Pembentukan Usrah yang pertama dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di
rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat
Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat
luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan
sebagainya di dalam diri para sahabat.”
Tidak rugi kita menyertai usrah. Dapat bina
akhlak baik, sikap terpuji. Allah pun suka. InsyaAllah dapat pahala. Siapa yang
tak mahu pahala bukan? Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita.
Sekian.
P/s:
Diharap dapat membuang semua stigma negatif tentang usrah daripada minda semua
orang.
Belum cuba belum tahu!
By:
Cik M.
No comments:
Post a Comment