Tanggal 30 March 2012 dikatakan menajdi tarikh yang penting
dalam kalender kerana pada hari itu, satu gerakan dipanggil Perarakan Global ke
Jerusalem (Global March to Jerusalem, GMJ) menjadikan hari itu sebagai acara
antarabangsa bagi mangajak masyarakat dunia untuk bersatu menuntut kebebasan
untuk Baitul Maqdis dan masyarakat Palestin.
GMJ juga bertekad untuk mengakhiri dasar apartied dan dasar
pembersihan etnik rejim Israel yang memberi kesan yang mendalam terhadap
rakyat, tanah jajahan dan kesucian kota Baitulmaqdis yang mana satu jenayah,
bukan sahaja terhadap rakyat palestin, bahkan terhadap semua masyarakat dunia
Tanggal 30 Mac ini dipilih simbolik bagi memperingati hari
bersejarah bagi masyarakat Palestin apabila pada 30 Mac, 1977 tentera Zionis
menyerang orang awam Palestin yang berdemonstrasi untuk membantah rampasan
tanah oleh Israel, menyebabkan enam orang terbunuh dan ratusan lagi cedera.
Umat Palestin mengisytiharkan hari tersebut sebagai 'Hari Tanah' untuk
mengingati kehilangan tanah mereka kepada peluasan negara haram Israel.
Laungan “ From the river to the sea, Palestine will be free “ berulangkali berkumandang mencetuskan suasana semangat dalam Stadium Tertutup Melawati di Shah Alam. Suasana yang penuh semangat ini dihadiri lebih dari 10,000 orang seluruh Malaysia dan warga asing seperti dari Palestin dan Indonesia
Para hadirin disajikan dengan banyak acara yang melonjakkan semangat kebenaran dengan adanya bacaan puisi yang unik dari Pak Agi (Abdul Ghafar Ibrahim) yang berjaya memukau para hadirin dengan syairnya tentang perasaan hinya terhadap nasih Palestin
Antara ucapan lain yang memukau khalayak adalah ucapan
Pengerusi MyGMJ Dr Mohd Tahir Abd Rahman, Pengerusi Viva Palestina Malaysia
yang juga Naib Pengerusi MyGMJ Dato Dr Musa Nordin, tokoh akademik Dr Maszlee
Malik, juga ucapan daripada wakil bukan Islam, Saudara Wee dan Santhira Morgan.
Selain itu diselitkan juga rakaman ucapan penghargaan daripada Perdana Menteri
Palestin Ismail Haniyeh dan anggota parlimen British George Galloway
Menambahkan lagi kemeriahan GMJ, terdapat perbualan live
bersama warga Malaysia yang berada di Jordan. GMJ diadakan di 50 kota-kota
utama seluruh dunia tanda kemahuan untuk kebebasan dan pengembalian hak asasi
masyarakat Palestin
Rata-ratanya para hadirin yang hadir tergolong dari golongan muda. Ini menunjukan bahawa kesedaran sudah mula menjalar dihati-hati pemuda tentang isu palestin dan isu hak asai manusia. Ini sebearnya menjanjikan masa depan yang cerah buat umat dan negara yang kita cintai ini.
Isu Palestin ini dari awalnya bukan sahaja isu agama tetapi
ia adalah isu kemanusiaan yang melibatkan semua masyarakat dunia. Kesedaran dan
penglibatan semua jenis bangsa dan agama dalam satu program ini menunjukkan
bahawa kita mampu untuk bersatu, mengetepikan kelainan warna kulit, bahasa dan
tutur kata dan bersatu dalam menegakkan keadilan
No comments:
Post a Comment