Thursday, 4 October 2012

Program Daurah : Baitul Muslim Pencetus Pembanggunan Ummah

Assalamualaikum WBT,

Ikhwah dan akhawat yang di rahmati Allah, semua ahli usrah di harap dapat hadir ke program Daurah pada Sabtu ini 6 October 2012

Anjuran JK Tarbiah IKRAM Putrajaya

Tempat Dewan Seminar IKRAM PUSAT, Sg, Besi Indah, Sri Kembangan

Tema "Baitul Muslim Pencetus Pembangunan Ummah"

Cadangan tentatif

1pm - Pendaftaran dan solat Zohor
1.45pm- Pembukaan dan taklimat
2.00 -3.00 pm - Slot 1 - "Baitul Muslim Pencetus Pembangunan Ummah" -
3.00- 3.30 pm - Baitul Muslim - Praktikaliti - Dr Abd Halim Sibghatullah
3.30- 4.30 pm - Taklimat IKRAM SISWA - Akh Rasuan
4.30 - 5.00 pm Solat Asr + Minum petang
5.00- 6.00pm - Slot 2 - Usul 20 dan Akidah yang sejahtera - Utz Zamri
6.00 - 6.30 pm - Resolusi dan penutup

Untuk kali ini kita combine 01 dan 02. Diharap semua dapat hadir dan beri nama kepada murabbi/murabbiah selewatnya khamis ni .

Semua ahli usrah di minta hadir. Mula zohor disana.

- copied from Prof Radhi fb

Sunday, 17 June 2012

Upcoming Event KIC 2012

1) Program ‘water sport game’
22-24 Jun 2012
Target: 00/01 yang sedang bercuti termasuk foundation (yg lain-l


2) Program Akhawat
Program 2 hari 1 malam
Cadangan tempat: Port Dickson
Tarikh: 13-14 Julai 2012
Objectives: mengeratkan ukhuwwah, mempelajari skills baru


3) Aktiviti sepanjang Ramadhan
Kursus sembelihan ayam dan iftar bersama
Qiamullail
Paintball : mengambil ibrah perang Badar Kubra
Ziarah tokoh
Sisters talk (setiap 2 minggu sekali, waktu solat jumaat)
I’tikaf


4) Sambutan Hari Raya
Bersama IKRAM Putrajaya

5) Kembara 2012
30/8/2012-2/9/2012
Cadangan jaulah ke negeri di Utara


6) Daurah ‘Kematian’
8 September 2012
Kursus diikuti dengan praktikal


7) Journalism camp
22 September 2012


8) Daurah ‘Baitul Muslim’
6 Oktober 2012
Tambahan perkongsian pengalaman dan ilmu dari pasangan muda
Liaise dengan Dr Halim
Diikuti dengan Kursus perkahwinan JAKIM pada 13 Oktoer 2012
*peserta yang nak sijil kursus kahwin perlu menghadiri daurah BM terlebih dahulu

9) Sambutan Hari Raya Korban CUCMS
29 Oktober 2012


10) Daurah ‘Seni Dakwah’
3-4 November 2012
Cadangan speaker: Pak cik Zaharuddin Othman
Focus pada aspek professionalism:  komunikasi berkesan dalam dakwah, protocol dalam program dll

11) Sunat Tour
14-16 Disember 2012
Gabungan KiC dan PPIM SC CUCMS

12) Riadhah
Sebulan sekali

Saturday, 19 May 2012

Interview Crisis In Palestine with Dr Hafidzi



link :
Interview Crisis in Palestine with Dr Hafidzi

Video PEMACU

PEMACU 

Brindley Training and Camp, Pasir Panjang
12 May 2012

Ziarah




عن أبي هربرة عن النبي صلى الله عليه وسلم أن رجلا زار أخاه في قرية أخرى فأرصد الله له على مدرجته ملكا,فلما أتى عليه, قال أين تريد,قال : أريد أخالي في هذه القرية,قال هل لك عليه من نعمة تربهاز قال :لا غير أني احيبته فى الله عز وجل قال : فاٍ ني رسول الله اليك بأن الله قد أحبك كما احيبته فيهز

(رواه مسلم _صحيح مسلم بشرح النووي , باب فضل الحب في الله تعالى – ج 16 ص123)

Maksudnya :

“Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.:
Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan jalan.Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,lalu malaikat itu pun bertanya :”Saudara mahu ke mana ?” Lelaki itu menjawab: “Saya ingin menziarahi sahabat saya yang tinggal di kampung ini .” Malaikat itu bertanya lagi :”Adakah saudara datang kepadanya kerana ada maslahat tertentu?: lalu lelaki itu menjawab :”Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.” Lalu malaikat menjawab :”Sesungguhnya aku ini utusan Allah yang di utus kepadamu bagi memberitahu bahawa Allah telah mencintai kamu sebagaimana saudara mencintai saudara itu kerana Allah.” (Sahih Muslim)

Usrah? Apa Benda tu?


Usrah? Apa benda tu?

 “Usrah untuk orang yang pakai tudung labuh, alim.”
“Geng usrah untuk orang yang macam ustazah.”
“Orang yang banyak ilmu agama je boleh masuk usrah.”

Sebaik sahaja terdengar perkataan ‘usrah’, adakah kita pernah terfikir seperti yang dinyatakan di atas? Pasti ada yang menganggukkan kepala sekarang. Betul tak?

Sebenarnya, penulis sendiri pernah berasa sangat kurang keyakinan dengan diri sendiri ketika mahu menyertai usrah kerana penulis sangkakan orang-orang yang wara’ sahaja yang masuk.  Jadi apabila mahu dibandingkan dengan mereka, pengetahuan penulis tentang agama amatlah cetek. Jadi malulah dengan orang lain yang hebat-hebat dan wara’ belaka.
Namun, sangkaan penulis meleset sama sekali setelah menyertai usrah. Siapa kata usrah untuk geng yang pakai tudung labuh, orang yang ala-ala ustaz dan ustazah je yang boleh masuk? Ianya TIDAK BENAR sama sekali.

Penulis dialu-alukan dengan baik sekali oleh naqibah, begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Ramai antara kami yang TIDAK TAHU tentang usrah sebelum menyertainya. Risau kerana tidak bertudung? Naaah. Tak perlu risau.

Usrah bukan untuk MENGHAKIMI tetapi untuk MEMPERBAIKI DIRI.

 Usrah ni simple (betul). Orang yang masuk usrah adalah orang yang berusaha untuk memperbaiki diri sendiri daripada pelbagai aspek, sebagai contoh dari segi penghayatan Islam, pencarian ilmu, membersihkan hati, akhlak, perbincangan masalah dan lain-lain

You can improve yourself in joining usrah. Seriously. Maksud Usrah?

“Usrah berasal daripada الأسرة yang membawa maksud keluarga.  Namun bagi istilah pula, ianya bermaksud usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah

“Pembentukan Usrah yang pertama dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi –Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.”

Tidak rugi kita menyertai usrah. Dapat bina akhlak baik, sikap terpuji. Allah pun suka. InsyaAllah dapat pahala. Siapa yang tak mahu pahala bukan? Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita.
Sekian.

P/s: Diharap dapat membuang semua stigma negatif tentang usrah daripada minda semua orang. 
Belum cuba belum tahu!
By: Cik M.

Global March to Jerusalem


        Tanggal 30 March 2012 dikatakan menajdi tarikh yang penting dalam kalender kerana pada hari itu, satu gerakan dipanggil Perarakan Global ke Jerusalem (Global March to Jerusalem, GMJ) menjadikan hari itu sebagai acara antarabangsa bagi mangajak masyarakat dunia untuk bersatu menuntut kebebasan untuk Baitul Maqdis dan masyarakat Palestin.

       GMJ juga bertekad untuk mengakhiri dasar apartied dan dasar pembersihan etnik rejim Israel yang memberi kesan yang mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucian kota Baitulmaqdis yang mana satu jenayah, bukan sahaja terhadap rakyat palestin, bahkan terhadap semua masyarakat dunia

        Tanggal 30 Mac ini dipilih simbolik bagi memperingati hari bersejarah bagi masyarakat Palestin apabila pada 30 Mac, 1977 tentera Zionis menyerang orang awam Palestin yang berdemonstrasi untuk membantah rampasan tanah oleh Israel, menyebabkan enam orang terbunuh dan ratusan lagi cedera. Umat Palestin mengisytiharkan hari tersebut sebagai 'Hari Tanah' untuk mengingati kehilangan tanah mereka kepada peluasan negara haram Israel.

Laungan  “ From the river to the sea, Palestine will be free “ berulangkali berkumandang mencetuskan suasana semangat dalam Stadium Tertutup Melawati di Shah Alam. Suasana yang penuh semangat ini dihadiri lebih dari 10,000 orang seluruh Malaysia dan warga asing seperti dari Palestin dan Indonesia

Para hadirin disajikan dengan banyak acara yang melonjakkan semangat kebenaran dengan adanya bacaan puisi yang unik dari Pak Agi (Abdul Ghafar Ibrahim) yang berjaya memukau para hadirin dengan syairnya tentang perasaan hinya terhadap nasih Palestin
Antara ucapan lain yang memukau khalayak adalah ucapan Pengerusi MyGMJ Dr Mohd Tahir Abd Rahman, Pengerusi Viva Palestina Malaysia yang juga Naib Pengerusi MyGMJ Dato Dr Musa Nordin, tokoh akademik Dr Maszlee Malik, juga ucapan daripada wakil bukan Islam, Saudara Wee dan Santhira Morgan. Selain itu diselitkan juga rakaman ucapan penghargaan daripada Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dan anggota parlimen British George Galloway

           Menambahkan lagi kemeriahan GMJ, terdapat perbualan live bersama warga Malaysia yang berada di Jordan. GMJ diadakan di 50 kota-kota utama seluruh dunia tanda kemahuan untuk kebebasan dan pengembalian hak asasi masyarakat Palestin

Rata-ratanya para hadirin yang hadir tergolong dari golongan muda. Ini menunjukan bahawa kesedaran sudah mula menjalar dihati-hati pemuda tentang isu palestin dan isu hak asai manusia. Ini sebearnya menjanjikan masa depan yang cerah buat umat dan negara yang kita cintai ini.
Isu Palestin ini dari awalnya bukan sahaja isu agama tetapi ia adalah isu kemanusiaan yang melibatkan semua masyarakat dunia. Kesedaran dan penglibatan semua jenis bangsa dan agama dalam satu program ini menunjukkan bahawa kita mampu untuk bersatu, mengetepikan kelainan warna kulit, bahasa dan tutur kata dan bersatu dalam menegakkan keadilan