Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya dapat kita menyempurnakan program bagi mendapatkan maklumat yang betul mengenai apa yang sebenarnya terjadi di Palestin. Program tersebut telah diadakan di Kampus Utama Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) pada hari Selasa, 27hb Mac 2012, bermula pukul 7.45 malam sehingga 10.15 malam.
Para pelajar dan
pensyarah mula berkumpul di Auditorium pada pukul 7.45 malam. Pada malam
tersebut, berlaku sedikit kelewatan kerana berlaku masalah teknikal dan juga
kelewatan penceramah. Majlis berlangsung secara rasminya tepat jam 8.20 malam,
dan dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Ammar bin Abdul Wahab,
pelajar Perubatan Tahun 2. Dalam doa tersebut, beliau memohon agar semua Umat
Islam diselamatkan daripada segala bencana, kecaman daripada golongan yang
zalim.
Selesai bacaan doa,
majlis diteruskan dengan ucapan oleh Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, yang
merupakan penceramah utama untuk program ini, dan beliau juga merupakan
Pengerusi Aqsa Syarif. Pada permulaan ucapan, beliau memberitahu bahawa pada
malam tersebut, beliau hanya akan mengutamakan apa yang berlaku di Palestine
dan untuk Syria, perlu dibuat di hari lain kerana kesuntukan masa. Beliau
memulakan sesi pada malam itu dengan tayangan video yang menunjukkan situasi
sebenar di Palestin. Seikhlas hati, video tersebut sangat menyayat hati kerana
pihak Zionis dengan kejam dan mudahnya membunuh umat Islam di Palestin dan
mereka menumpukan kepada golongan kanak–kanak yang merupakan generasi utama di
masa hadapan. Terdapat tujuan tersembunyi disebalik muslihat itu.
Sejurus selepas itu,
beliau meneruskan sesi dengan berkongsi mengenai sejarah bagaimana terbentuknya
negara Israel dan perkara yang berlaku di Palestin. Sesungguhnya, perkara yang
telah dilakukan oleh pihak Zionis tidak berperikemanusiaan kerana mereka
membunuh manusia dengan sesuka hati, merampas tanah hak milik rakyat Palestin,
mengebom kediaman dan sebagainya. Semua umat manusia perlu sedar akan kekejaman
ini, bukan sekadar atas dasar keagamaan, tetapi juga atas dasar kemanusiaan.
Ibu mana yang tidak menangis apabila kehilangan anak tercinta, anak mana yang
mampu hidup tanpa kedua ibubapa mereka disisi. Hanya Allah yang tahu dan faham
kesengsaraan mereka disana. Namun begitu, dalam video yang ditunjukkan pada awalnya,
terdapat 3 orang kanak-kanak yang telah kehilangan kedua ibubapa mereka kerana
kekejaman pihak Zionis. Mereka telah ditanya apakah cita-cita mereka untuk masa
hadapan. Dan jawapan yang telah diberikan mereka masing-masing ialah doktor,
peguam. Mereka memilih kerjaya tersebut kerana mereka ingin mendapatkan balik
tanahair tercinta mereka dan menyelamatkan saudara-saudara mereka yang cedera.
Itu menunjukkan kekuatan hati dan semangat mereka untuk melawan pihak yang
tidak bertanggungjawab yang telah menceroboh tanah mereka.
Ucapan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor telah tamat pada pukul 10.10 malam. Majlis diteruskan dengan sesi ‘Q & A’. Para pensyarah dan pelajar telah bertanyakan soalan yang masih tidak jelas mengenai Palestin. Seterusnya, majlis diserikan dengan nyanyian nasyid iaitu ‘Intifada’ dan juga ‘Merah Saga (Palestin). Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang telah disediakan oleh pihak penganjur pada malam itu.
Terdapat beberapa komen yang diterima daripada pelajar yang mana menekankan mengenai ketepatan masa dan juga masalah teknikal kerana serba sedikit masalah tersebut menganggu kelancaran majlis. Selain itu, pihak penganjur juga perlu memikirkan mengenai promosi yang lagi hebat untuk menarik lebih ramai pelajar, pensyarah mahupun staf menyertai program-program seperti ini, seterusnya dapat meningkatkan lagi kesedaran terhadap apa yang berlaku di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment